Tiga maut dalam nahas dua kereta

Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas di Gerik. - Foto ihsan Bomba Perak
Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa tersepit dalam nahas di Gerik. - Foto ihsan Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Tiga individu termasuk dua wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa di sini pada Selasa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik, Mohd Azizan Aziz berkata, kemalangan itu membabitkan kereta jenis Perodua Axia dan Myvi.

Menurutnya, sepasukan sembilan anggota bersama dua jentera termasuk Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.49 petang.

"Sebaik tiba, terdapat lima mangsa di lokasi kejadian dan anggota bomba kemudian bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan berkenaan.

"Operasi mengambil masa kira-kira 25 minit untuk mengeluarkan mangsa tersepit. Seorang lelaki dan dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, dua mangsa yang terselamat termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun kemudian dikejarkan ke Hospital Gerik untuk medapatkan rawatan.

Katanya, kes itu seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!