Amaran cuaca waspada peringkat kuning
Penduduk di sekitar Kuala Besar masih melakukan aktiviti harian seperti biasa di Sungai Kelantan hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.
Menurut MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, keadaan itu diramal berlaku di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Bachok Pasir Puteh, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim telah mengarahkan anggotanya supaya bekerjasama dengan penduduk setempat yang memiliki bot persendirian untuk membantu mengurus proses pemindahan mangsa banjir memandangkan mereka (pengendali bot) lebih arif dan mengetahui mengenai kawasan berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!