Seorang lagi mangsa nahas dua kereta maut

Anggota bomba menjalankan operasi mengeluar mangsa tersepit dalam nahas membabitkan dua kereta di Gerik. Foto: Ihsan JBPM Perak
Anggota bomba menjalankan operasi mengeluar mangsa tersepit dalam nahas membabitkan dua kereta di Gerik. Foto: Ihsan JBPM Perak
A
A
A

GERIK - Seorang lagi wanita nahas dua kereta di Kilometer 64 Jalan Raya Gerik - Jeli di sini pada Selasa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Gerik.

Kematian terbaharu itu menjadikan korban nahas yang membabitkan Perodua Myvi dan Axia meningkat kepada empat orang.

Pemandu Perodua Axia berusia 30 tahun itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 8.38 malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga maut dalam nahas dua kereta

Terdahulu, pasangan suami isteri berusia 29 dan 24 tahun yang menaiki Perodua Myvi maut di tempat kejadian bersama penumpang wanita Perodua Axia berusia 27 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Azizan Hassan berkata, kanak-kanak lelaki berusia 16 bulan yang merupakan anak kepada penumpang Perodua Axia terbabit terselamat dalam kejadian itu.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan ringan telah dihantar mendapatkan rawatan di Hospital Taiping.

"Siasatan awal mendapati kemalangan ini dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi berkenaan dari arah Gerik menuju ke Jeli, Kelantan.

Artikel Berkaitan:

"Manakala, kereta Perodua Axia yang dinaiki tiga mangsa pula dari arah bertentangan," katanya di sini.

Azizan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila Perodua Myvi terbabit telah hilang kawalan dan terbabas hingga masuk ke laluan bertengangan.

"Keadaan itu menyebabkan Perodua Axia telah melanggar bahagian kiri kereta terbabit dan ketiga-tiga mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mangsa keempat meninggal dunia di Hospital Gerik manakala mangsa kelima dirujuk ke Hospital Taiping," katanya.

Katanya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!