Satu PPS dibuka akibat banjir kilat di Pontian

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah untuk menempatkan mangsa banjir di PPS Melayu Raya, Pontian pada malam Selasa.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) memasang khemah untuk menempatkan mangsa banjir di PPS Melayu Raya, Pontian pada malam Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, Pontian susulan banjir kilat yang berlaku di kawasan itu sejak malam Selasa.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, R Vidyanathan berkata, PPS dibuka pada jam 9 malam itu menempatkan seramai 18 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Paya Embun, di sini selepas kediaman mereka dinaiki air.

“Kejadian banjir kilat ini dipercayai berlaku selepas hujan lebat selama lebih dua jam di kawasan berkenaan. Hasil perbincangan kemudian membawa kepada pembukaan satu PPS kerana terdapat beberapa keluarga yang kediaman mereka sudah dinaiki air.

“Setakat jam 8 pagi ini (3 November), mangsa masih kekal seramai 18 orang iaitu terdiri daripada empat lelaki dewasa, lapan perempuan dewasa, satu kanak-kanak lelaki dan lima kanak-kanak perempuan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Vidyanathan berkata, setakat ini cuaca di kawasan berkenaan masih dilaporkan dalam keadaan mendung dan pemantaun daripada agensi menyelamat sedang dilakukan dari masa ke semasa.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!