Fati nyalakan kembali semangat Barcelona

Fati
Fati
A
A
A

JARINGAN tunggal tonggak lincah Barcelona, Ansu Fati menyalakan kembali laluan kelab La Liga itu untuk ke saingan menjinakkan gergasi Ukraine, Dynamo Kiev, 1-0 dalam perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara di Stadium NSC Olimpiyskiy.

Tiga mata di laman keramat lawan yang merupakan kemenangan pertama di luar laman sendiri secara tidak langsung meneruskan momentum positif kemenangan 1-0 dalam perlawanan pusingan pertama di Stadium Camp Nou pada 21 Oktober lalu.

Biarpun begitu, anak-anak asuhan pengendali sementara Barca, Sergi Barjuan terpaksa menunggu penghujung babak kedua bagi merobek gawang skuad kendalian Mircea Lucescu tersebut.

Gol minit ke-70, pemain berusia 19 tahun itu meletakkan Barcelona yang bergelut dengan prestasi tidak menentu musim ini pada saingan La Liga di kedudukan kedua Kumpulan E dengan enam mata, enam mata ketinggalan di belakang pendahulu Bayern Munich.

Kelab Portugal, Benfica pula ketiga dengan empat mata, manakala Dynamo Kiev keempat dengan satu mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!