Vilakku pelita tradisi Hari Deepavali
Vilakku iaitu pelita tradisi dinyalakan untuk meraikan Sambutan Hari Deepavali esok.
Deepavali di Malaysia tahun ini akan disambut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun kegembiraan untuk menyambut pesta cahaya tidak akan berkurangan sebagaimana simbolik perayaan itu iaitu kemenangan yang dicapai oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari Ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil iaitu di antara bulan Oktober dan November dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan 'Dipa' yang bererti cahaya dan perkataan 'Gavali' yang bererti barisan.
Deepavali bermaksud ‘barisan pelita’, dengan memasang pelita mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!