Bayi 14 hari maut kereta bertembung lori

Nahas dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Beruas ke Ayer Tawar hilang kawalan selepas melanggar dua lembu dan masuk ke laluan bertentangan.
Nahas dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dalam perjalanan dari arah Beruas ke Ayer Tawar hilang kawalan selepas melanggar dua lembu dan masuk ke laluan bertentangan.
A
A
A

BERUAS - Bayi lelaki berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori muatan tanah di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata Ayer Tawar di sini pada Rabu.

Kejadian berlaku ketika kereta jenis Perodua Kancil dinaiki bayi itu bersama lima ahli keluarga lain bertembung dengan kenderaan berat berkenaan.

Nahas dipercayai berlaku apabila kereta terbabit yang dalam perjalanan dari arah Beruas ke Ayer Tawar hilang kawalan selepas melanggar dua lembu dan masuk ke laluan bertentangan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar, Suhaimi Nijar berkata, panggilan kejadian itu diterima pada jam 6.24 pagi.

Menurut beliau, kejadian turut mengakibatkan pemandu dan penumpang lain iaitu lelaki dan wanita disyaki ibu bapa mangsa bersama tiga kanak-kanak lelaki berusia lingkungan dua hingga sembilan tahun cedera.

"Anggota yang tiba di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang hadapan kereta telah tersepit, manakala bayi dalam pangkuannya telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pemandu kereta dan tiga kanak-kanak yang berada dalam kereta sama telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan menggunakan peralatan khas dan diserahkan kepada ambulans untuk rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya

Operasi menyelamat tamat sepenuhnya pada jam 7.58 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!