Banyak aduan mengenai harga telur naik

AZLIN OTHMAN
AZLIN OTHMAN
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pertubuhan Mesra Pengguna Malaysia (PMPM) mengakui turut menerima aduan berhubung kenaikan harga telur ayam di negeri ini sebelum Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat Ops Telur.

Timbalan Presidennya, Azlin Othman berkata, selepas perayaan Tahun Baharu Cina lalu, pihaknya menerima lima hingga 10 aduan berhubung kenaikan harga telur yang dianggap tidak munasabah berdasarkan tinjauan yang dilakukan di Pasar Alor Gajah dan Tampin, Negeri Sembilan.

Menurutnya, walaupun jumlah kenaikan itu tidak banyak, namun ia tetap memberi kesan dan membebankan lebih-lebih lagi telur antara barang asas dalam pembuatan kuih mahupun kek selain digunakan dalam masakan.

Katanya, pihaknya juga tidak menolak kelemahan yang ada pada pengguna antara faktor pihak pengeluar disyaki mengambil kesempatan menaikkan harga telur ayam.

"PMPM juga dari semasa ke semasa melalui perlaksanaan turun padang program memantau dan mendidik pengguna juga peniaga yang di adakan dengan kerjasama pihak berkuasa.

"Walaupun kenaikan nampak sedikit iaitu beberapa sen sahaja tetapi keseluruhannya amat memberi kesan kepada margin keuntungan dan apalagi dengan kenaikan tidak munasabah tentu sekali menyalahi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.

Tambahnya, pengguna harus peka kepada persekitaran harga semasa demi untuk melindungi hak mereka dari diambil kesempatan pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!