Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran hadapan getah serantau terutama menjelang keputusan dasar terkini Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, kata seorang peniaga.

Namun begitu, beliau menambah keuntungan selanjutnya tersekat disebabkan oleh kerugian yang dicatatkan oleh harga minyak mentah.

“Harga minyak jatuh pada hari Rabu kerana data industri menunjukkan peningkatan besar dalam stok minyak mentah dan penyulingan di Amerika Syarikat, pengguna minyak terbesar dunia selain terdapat tekanan yang kian mendesak terhadap Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) untuk meningkatkan bekalan,” kata peniaga itu.

Pasaran getah akan ditutup pada hari Khamis, 4 November sempena cuti umum sambutan Hari Deepavali dan operasi akan disambung semula pada Jumaat, 5 November.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 naik sedikit sebanyak tiga sen kepada 705.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun satu sen kepada 534.0 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutupan LGM untuk SMR 20 berada pada 706.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 534.0 sen sekilogram. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!