68 kambing boer diseludup dari Thailand dirampas

Kambing baka boer yang dipercayai diseludup dari Thailand dirampas untuk siasatan.
Kambing baka boer yang dipercayai diseludup dari Thailand dirampas untuk siasatan.
A
A
A

TUMPAT - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 merampas 68 kambing baka boer dianggarkan bernilai RM102,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand di kawasan Jubakar Darat di sini pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Medan, Superintendan Nor Azizan Yusof berkata, pada jam 12.30 tengah malam, anggotanya sedang melakukan rondaan di kawasan terbabit sebelum ternampak sebuah lori dipandu dalam keadaan mencurigakan.

"Anggota mengarahkan pemandunya berhenti dan pemeriksaan di bahagian belakang kenderaan itu menemui 68 kambing baka boer dianggarkan bernilai RM102,000.

"Apabila diminta mengemukakan dokumen atau permit sah bagi membawa muatan kambing itu, pemandu berusia 37 tahun itu gagal berbuat demikian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Lori yang dipandu seorang lelaki membawa muatan 68 kambing baka boer dianggarkan bernilai RM102,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand.
Lori yang dipandu seorang lelaki membawa muatan 68 kambing baka boer dianggarkan bernilai RM102,000 yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Nor Azizan berkata, kambing itu dipercayai diseludup untuk pasaran tempatan dan luar Kelantan bergantung kepada permintaan.

“Suspek berusia 30-an ditahan, manakala kambing dan lori dengan keseluruhan nilai berjumlah RM162,000 dirampas bagi tujuan siasatan.

"Semua kambing itu akan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Binatang 1953," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!