Thailand sasar 700,000 pelancong tahun ini

Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung tahun ini melalui pelbagai skim dan inisiatif dalam usahanya untuk memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung tahun ini melalui pelbagai skim dan inisiatif dalam usahanya untuk memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan.(Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

BANGKOK - Thailand menyasarkan untuk menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung tahun ini melalui pelbagai skim dan inisiatif dalam usahanya untuk memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan.

Menerusi langkah terbaharu bermula Isnin itu, Thailand mengalu-alukan pelawat yang lengkap vaksin Covid-19 dari 63 negara dan wilayah melalui skim kemasukan “Test & Go”, dengan pelawat tidak perlu menjalani kuarantin wajib.

Negara itu juga menyambut ketibaan pengembara lengkap vaksinasi dari negara lain di bawah skim “Living in the Blue Zone” dan mereka boleh melawat 17 “destinasi sandbox” termasuk Bangkok, Phuket, Krabi serta Phang-Nga tetapi mesti tinggal selama tujuh hari di destinasi tersebut sebelum melancong ke wilayah lain.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) berkata dari Januari hingga September tahun ini, Thailand menyambut ketibaan 85,845 pelawat asing melalui pelbagai skim kemasukan, termasuk “Phuket Sandbox”, Visa Pelancong Khas (STV), Kad Keahlian dan Pelancongan Perubatan.

“Phuket Sandbox” mencatat sejumlah 60,649 pelawat dari 1 Julai hingga 31 Okt dengan lima pasaran teratas ialah Amerika Syarikat, Israel, United Kingdom, Jerman dan Perancis.

"Pelbagai skim kemasukan tahun ini dijangka menarik sekurang-kurangnya 700,000 pengunjung ke Thailand," menurut TAT dalam satu kenyataan.

TAT mengunjurkan sektor pelancongan bakal menjana 1.58 trilion baht (100 baht = RM12.45) - 818 bilion baht daripada pelancongan antarabangsa manakala kira-kira 771 bilion baht dihasilkan menerusi pelancongan domestik pada 2022.

"Ramalan itu adalah berdasarkan senario asas dan boleh menghasilkan hasil berbeza bergantung kepada pandemik Covid-19 dan situasi ekonomi global dan tempatan," menurut kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Pada Isnin, Thailand mengalu-alukan kedatangan pelancong antarabangsa yang lengkap vaksinasi dari 63 negara dan wilayah termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, China dan India, mereka tidak perlu menjalani kuarantin yang lama.

Bagi pelawat belum lengkap vaksinasi mereka juga dialu-alukan di bawah skim "Happy Quarantine". Di bawah skim ini mereka perlu menjalani kuarantin antara tujuh hingga 14 hari dan membuat ujian RT-PCR sebelum dibenarkan mengunjungi wilayah lain di Thailand.

Sementara itu, TAT turut memperkenalkan kempen pemasaran pelancongan terbaharunya – Visit Thailand Year 2022 menerusi World Travel Market 2021 (WTM 2021)’ bermula dari 1 hingga 3 November. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!