Isu PPR Taman Manggis makin panas

Gambar Khalidah di dalam pesawat bersama suaminya tular di media sosial sejak semalam selepas kisahnya berkumpul di hadapan pintu masuk Komtar dilaporkan media.
Gambar Khalidah di dalam pesawat bersama suaminya tular di media sosial sejak semalam selepas kisahnya berkumpul di hadapan pintu masuk Komtar dilaporkan media.
A
A
A

ISU penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis semakin panas apabila seorang wanita yang juga terlibat melakukan bantahan pengosongan kediamannya, dikenal pasti pernah menjadi seorang penumpang penerbangan MAS kelas perniagaan.

Khalidah Nazir Ahmad, 63, yang menetap di PPR kos rendah itu dengan kadar sewa RM124, berlepas ke Colombo, Sri Langka dengan tiket kelas perniagaan pada 18 Mei 2014.

Gambar wanita itu di dalam pesawat tular di media sosial sejak semalam selepas kisahnya berkumpul di hadapan pintu masuk Komtar dilaporkan media.

Tiket penerbangan menunjukkan dia merupakan penumpang kerap, oleh itu dia layak dinaik taraf ke kelas perniagaan.

Sementara itu, Khalidah menjelaskan, dia bekerja untuk sebuah agensi pelancongan dan melancong bersama suaminya yang juga merupakan kerani akaun dan pemandu limusin sambilan.

"Saya boleh menaik taraf penerbangan kerana abang saya yang memiliki kedai runcit memindahkan pungutan perbatuan kepada saya.

"Apa kaitan perkara itu dengan masalah yang saya hadapi sekarang? Dan orang lain perlu memikirkan hal mereka sendiri," katanya.

Kira-kira 50 penduduk dari lapan unit kediaman PPR di Jalan Zainal Abidin melakukan perhimpunan membantah pengosongan rumah mereka sejak Rabu.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan 22 penyewa diarah mengosongkan kediaman masing-masing berikutan hilang kelayakan menduduki rumah PPR termasuk melebihi kemampuan, mempunyai rumah lain dan berkahwin dengan warga asing.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, Khalidah berkata, dia tidak mempunyai hutang mahupun sewa tertunggak dengan kerajaan negeri sepanjang mendiami PPR Taman Manggis namun diusir disebabkan suaminya bukan warganegara.

Wanita itu berkata, dia berpindah ke PPR berkenaan selepas 22 tahun berkahwin dengan suaminya dan dia sebelum ini ditawarkan untuk menyewa di PPR berkenaan selepas bersetuju untuk berpindah daripada rumah lama mereka di Sungai Pinang yang dirobohkan bagi bagi memberi laluan kepada projek pembinaan kondominium.

"Saya antara penduduk terawal di PPR Taman Manggis kenapa sebelum ini isu suami saya tidak pernah langsung dibangkitkan? Saya tak pernah ada hutang, tak pernah ada yang tertunggak kenapa saya pula yang menjadi mangsa?

"Saya dah tua, dah tak larat untuk hadap keadaan ini tapi mereka sampai hati usir dan biarkan kami jadi malah melakukan kami seperti pengemis di tanah air sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Diusir dari PPR, enam keluarga tinggal di kaki lima

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!