Dua pendaki sesat di bukit Cherok Tok Kun diselamatkan

Kedua-dua pendaki yang berusia 20 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada jam 7.30 malam selepas tersesat hampir enam jam. Foto JBPM
Kedua-dua pendaki yang berusia 20 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada jam 7.30 malam selepas tersesat hampir enam jam. Foto JBPM
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Dua pendaki yang sesat ketika mendaki di Taman Rimba Bukit Cherok Tok Kun, di sini, berjaya diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang (JBPM) petang Rabu.

Pasangan remaja lelaki dan perempuan berusia 20 tahun itu berjaya dibawa turun ke kaki bukit pada jam 7.30 malam selepas tersesat hampir enam jam.

Menurut kenyataan JBPM, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada mangsa pada jam 1.09 petang.

Katanya, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Mertajam dan BBP Penanti kemudian dihantar ke lokasi.

"Mereka dapat dihubungi melalui panggilan telefon dan usaha menyelamat mereka segera dilakukan selepas mangsa menghantar lokasi mereka melalui aplikasi WhatsApp," katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.- Awani

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!