GT Neo2 bukti keunggulan teknologi daripada realme

No Image Caption
A
A
A

realme secara rasminya melancarkan telefon pintar ulung terbaharunya di Malaysia; realme GT Neo2.

realme GT Neo2 sebelum ini telah memasuki pasaran antarabangsa dan kehadiran peranti hebat itu sememangnya amat dinantikan oleh para peminat di Malaysia terutamanya ‘gamers’.

Layan ‘game’ sampai lebam dengan realme GT Neo2

No Image Caption

realme GT Neo2 memang cukup ‘awesome’ untuk mereka yang ‘kaki game’ kerana ia hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.62 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Paparan daripada panel E4 AMOLED ini juga mempunyai kecerahan maksimum 1,300nits dan kadar pensampelan 600Hz.

Oleh itu, sensitiviti, kelancaran dan kecepatan sentuhan pada skrin tidak perlu lagi dipertikaikan. Anda akan merasai pengalaman bermain game yang cukup memuaskan hati.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Dengan paparan AMOLED itu, pewarnaan - 5 juta: 1 contrast ratio menjadikan semua imej yang dipaparkan melalui realme GT Neo2 kelihatan cukup realistik dan kaya dengan kesan visualnya.

Apabila paparan dengan kecerahan tinggi bermakna ia menjimatkan lebih banyak tenaga.

No Image Caption

Dari segi prestasi pula memang cukup hebat dan berbaloi untuk para gamer memilikinya. realme GT Neo2 dilengkapi dengan pemproses Snapdragon 870 yang merupakan satu-satunya cipset di pasaran yang mampu beroperasi pada kelajuan sehingga 3.2GHz dan apatah lagi apabila ia dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman 256 GB jenis UFS 3.1.

realme menyedari banyak telefon pintar gaming di pasaran yang menggunakan cipset Snapdragon 870, dan bagi memastikan GT Neo2 memiliki kelebihan lain, realme melengkapi peranti sedia hebat itu dengan teknologi penyejukan gel yang mengandungi partikel berlian.

Sistem penyejukan ini memberikan kesan penyejukan lebih pantas. Seterusnya menjadikan ia sebagai pilihan terbaik untuk memainkan permainan mudah alih.

Bukan itu sahaja, realme GT Neo2 juga didatangkan dengan lapisan graphene gred industri aeroangkasa dan ruang penyejukan wap berukuran 4,129 mm persegi.

No Image Caption

Ini membolehkan suhu operasi telefon pintar ini diturunkan sebanyak 18 darjah celcius yang juga bermaksud prestasi realme GT Neo2 adalah 20 peratus lebih baik berbanding realme GT Neo.

Selain itu, realme GT Neo2 juga mempunyai mod gaming GT Mode 2.0 dan realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11. GT Mode 2.0 berfungsi untuk mengoptimumkan pengalaman permainan dengan memberikan peningkatan besar pada prestasi CPU dan kadar pensampelan sentuhan.

No Image Caption

Dengan permukaan radiator VC keluli tahan karat 4129 mm² dan 8 lapisan struktur penyejukan dengan gel berlian termal pada CPU menjadi peranti ini memiliki sistem penyejukan terbaik serta kepuasan bermain game yang maksimum.

Pendek kata, kaki gaming boleh layan game-game kegemaran mereka dengan realme GT Neo2 sampai ‘lebam!’.

No Image Caption

Beralih kepada bateri, realme GT Neo2 hadir dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang dilengkapi pengecasan pantas 65W (0-100% dalam masa 36 minit).

realme GT Neo2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Neo Green dan Neo Blue.

Buat peminat realme, GT Neo2 (12+256GB) ditawarkan pada harga RM2,099. Bagaimanapun, realme menawarkan harga promosi pada Jualan 11.11 ini pada harga RM1,999.

Pembelian boleh dibuat di kedai rasmi realme di Lazada dan Shopee:

Shopee: https://bit.ly/rGTneo212256pr

Lazada: https://bit.ly/gtneo212256pr

Selamat membeli-belah!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!