Covid-19: WHO beri kelulusan kecemasan kepada Covaxin

Pembangun vaksin Bharat Biotech menerbitkan data yang menunjukkan keberkesanan Covaxin mencecah 78 peratus. - Foto Reuters
Pembangun vaksin Bharat Biotech menerbitkan data yang menunjukkan keberkesanan Covaxin mencecah 78 peratus. - Foto Reuters
A
A
A

GENEVA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberikan kelulusan untuk penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 yang disokong kerajaan India, Covaxin.

Vaksin itu diluluskan di India pada Januari ketika fasa ketiga ujian klinikal masih dijalankan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dan kritikan mengenainya.

Pembangun vaksin Bharat Biotech menerbitkan data yang menunjukkan keberkesanan vaksin itu mencecah 78 peratus.

WHO dalam tweetnya berkata ia percaya manfaatnya jauh melebihi risiko.

Beberapa pakar mempersoal kelulusan berkenaan berikutan data yang tidak lengkap, namun pengerusi firma Dr Krishna Ella berkata vaksin itu "200 peratus selamat."

Panel pakar WHO yang membenarkan kelulusan kecemasan telah meminta lebih banyak data bulan lalu semasa meneliti permohonan Bharat Biotech yang telah difailkan Julai lepas.

Vaksin dua dos itu akan diberikan dalam tempoh selang empat minggu dan diberikan kepada individu berusia 18 tahun ke atas.

Ia juga dilaporkan sangat sesuai bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana kerana kaedah penyimpanannnya yang mudah.

Artikel Berkaitan:

Beberapa negara dunia telah mengiktiraf Covaxin dan India berharap kelulusan oleh WHO itu menambah pengiktirafan. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!