Korea Selatan hantar 290,000 dos vaksin AstraZeneca ke Vietnam
SEOUL - Korea Selatan menghantar 290,000 dos vaksin Covid-19 AstraZeneca ke Vietnam pada Khamis, sebagai tambahan kepada sumbangan awalnya sebanyak 1.1 juta dos bulan lepas, menurut Kementerian Luar.
Pesawat membawa vaksin itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, barat Seoul, pada awal Khamis dan dijadual tiba di Vietnam pada hari yang sama, lapor Agensi Berita Yonhap.
Vietnam adalah rakan dagangan utama Korea Selatan, kira-kira 9,000 syarikat perniagaan dan seramai 156,000 rakyat Korea tinggal di negara ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!