Perjanjian dagangan terbesar dunia RCEP bakal kuat kuasa 1 Januari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JAKARTA - Sekretariat ASEAN pada Rabu mengumumkan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), perjanjian dagangan terbesar dunia setakat ini akan berkuat kuasa 1 Januari 2022.

Pihak Sekretariat sudah menerima surat ratifikasi dari enam negara ASEAN, iaitu Brunei, Kemboja, Laos, Singapura, Thailand, dan Vietnam, serta empat negara bukan anggota ASEAN iaitu Australia, China, Jepun dan New Zealand, lapor Agensi Berita Xinhua.

"Proses ratifikasi itu adalah gambaran sebenar komitmen padu kami terhadap sistem perdagangan pelbagai hala yang adil dan terbuka untuk manfaat rakyat di rantau ini dan dunia," kata Setiausaha Agung ASEAN, Datuk Lim Jock Hoi.

Beliau berkata, pelaksanaan perjanjian itu akan memberikan rangsangan luar biasa kepada usaha pemulihan ekonomi pasca Covid-19.

Perjanjian RCEP telah dipersetujui pada November 2021 oleh 10 negara anggota ASEAN dan lima negara rakan kongsi.

Menurut perjanjian itu, pelaksanaan RCEP akan bermula 60 hari selepas ratifikasi oleh sekurang-kurangnya enam negara ASEAN dan sekurang-kurangnya tiga negara bukan ASEAN. - Bernama

TAG: ASEAN, RCEP, perjanjian perdagangan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!