Tok Gajah halang Lang Merah kekalkan rekod tanpa kalah

Pemain pahang, Saddil Ramdhani (tengah) diasak pemain Kedah pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. Amirul Anuar/Gawang.my
Pemain pahang, Saddil Ramdhani (tengah) diasak pemain Kedah pada saingan Liga Super 2019 di Stadium Darul Makmur di sini hari ini. Amirul Anuar/Gawang.my
A
A
A

PAHANG berjaya menghalang Kedah daripada mengekalkan rekod tanpa kalah apabila berjaya menewaskan Lang Merah di laman sendiri dengan jaringan 1-0 pada saingan Liga Super di sini malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Tok gajah berjaya memperoleh tiga mata berharga apabila berjaya menumpaskan Kedah.

Pada minit ke-29, Pahang melakukan percubaan menerusi Dickson Nwakaeme yang menanduk kencang selepas menyambut sepakan sudut diambil Nor Azam Abdul Azih, namun ia hanya melewati tiang gol lawan.

Pahang sekali lagi melepaskan peluang keemasan apabila Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-30 yang diperolehi selepas Baddrol Bakhtiar menjatuhkan Nwakaeme dalam kotak penalti.

Namun minit ke-34, Kedah pula cuba mencipta gol melalui Zaquan Adha Abd. Razak yang merembat deras dari luar kotak penalti, tetapi ia sedikit tersasar melepasi gawang.

Pada perlawanan separuh masa kedua menyaksikan skuad Tok Gajah semakin mengganas dengan menggunakan serangan bertali arus ke arah kubu lawan.

Pahang akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Zuhair Aizat meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-85 apabila tendangannya terkena Khairul Helmi sebelum menggegar jaring. Keputusan 1-0 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan.

Kejayaan itu membawa Pahang kembali menerajui saingan liga selepas mengumpul 14 mata menyingkirkan Johor Darul Ta'zim (JDT) di tempat kedua dengan beza satu mata (13).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!