Pesisir pantai di Selangor terjejas air pasang namun terkawal

JBPM Selangor bersama beberapa agensi lain melakukan rondaan air pasang di beberapa kawasan di sini bermula jam 5 pagi hingga 7 pagi.
JBPM Selangor bersama beberapa agensi lain melakukan rondaan air pasang di beberapa kawasan di sini bermula jam 5 pagi hingga 7 pagi.
A
A
A

KLANG - Beberapa kawasan pesisir pantai di Selangor terjejas akibat limpahan air pasang besar pada awal pagi Jumaat namun keadaan masih terkawal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, kawasan-kawasan tersebut menunjukkan peningkatan air pasang melebihi 5.6 meter.

"Antara kawasan menunjukkan peningkatan air pasang ialah Pengkalan Sayang DSayang, Jalan Othman Baru; Jalan Pengkalan Nelayan, Rantau Panjang; Pengkalan Sungai Keramat dan Kawasan Pengkalan Jeti Sementa, Batu 5.

"Laporan keadaan air pasang berada lebih daripada paras 5.6 meter, limpahan air melepasi jalan tapi masih dalam keadaan terkawal. Rumah penduduk berdekatan masih juga selamat dan tidak dinaiki air. Ia mula surut pada jam 7 pagi," katanya dalam laporan pada Jumaat.

Pemantauan dibuat oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Pinang bersama beberapa agensi lain dari jam 5 pagi hingga 7 pagi.

Dalam pada itu, Hafisham berkata, beberapa kawasan lain di Telok Panglima Garang seperti di Jeti Sritama, Pulau Carey; Jeti Sri Tanjung dan Jeti Sepakat di Sijangkang menunjukkan kenaikan air pasang melebihi paras kebiasaan namun masih selamat dan terkawal.

Beberapa kawasan di Klang mengalami kenaikan air ke paras 5.6 meter pada awal pagi Jumaat.
Beberapa kawasan di Klang mengalami kenaikan air ke paras 5.6 meter pada awal pagi Jumaat.

Dalam perkembangan lain, keadaan air pasang di beberapa kawasan di Kampung Tok Muda, Kapar iaitu Pengkalan Nelayan dan persisir Ban Jeti Kampung Tok Muda hingga pusat janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini dilaporkan berada di bawah paras 5.6 meter.

Artikel Berkaitan:

Di Tanjong Karang, terdapat limpahan air di beberapa kawasan iaitu Pantai Bagan Pasir, Pantai Bagan Tengkorak, Pantai Rasa Sayang, Pantai Sungai Kajang dan Pekan Tanjong Karang. Keadaan sama dilaporkan di Sekinchan, namun ia masih terkawal dan tiada pemindahan mangsa dilakukan," katanya.

Selain itu, BBP Pelabuhan Klang yang melakukan rondaan di Jeti Pulau Ketam pada jam 5 pagi hingga jam 7 petang mendapati, keadaan air pasang masih terkawal dan surut pada jam 6.20 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!