Enam rumah di Kampung Kepala Jalan terjejas air pasang

Hanya enam rumah dikesan terjejas berikutan kedudukan yang tidak jauh dari kuala sungai.
Hanya enam rumah dikesan terjejas berikutan kedudukan yang tidak jauh dari kuala sungai.
A
A
A

KOTA KUALA MUDA - Enam buah rumah di Kampung Kepala Jalan terjejas akibat air pasang besar dengan ketinggian 0.1 meter, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, bagaimanapun kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan ke atas penduduk dan tiada kerosakan harta benda berlaku.

"Polis bersama agensi lain membuat pemantauan di lokasi risiko bermula dua hari lalu dan mendapati hanya satu kawasan dilimpahi air pasang kerana kedudukan kawasan terbabit berdekatan dengan kuala sungai.

"Sebanyak tujuh lokasi 'hotspot' dikesan sebagai kawasan berpotensi terjejas akibat fenomena air pasang besar di daerah Kuala Muda, yang dijangka bermula dari 4 hingga 7 November ini. Bagaimanapun setakat ini, hasil pemantauan mendapati hanya satu kawasan terjejas melibatkan enam buah rumah dinaiki air berikutan berdekatan dengan kuala sungai," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota polis bersama agensi lain membuat pemantauan di lokasi risiko air pasang besar di Kota Kuala Muda Kedah.
Anggota polis bersama agensi lain membuat pemantauan di lokasi risiko air pasang besar di Kota Kuala Muda Kedah.

Menurutnya, polis bersama agensi lain sentiasa siap siaga dan membuat pemantauan bagi memastikan keselamatan awam terjamin berhubung fenomena alam tersebut.

"Kami minta orang awam menghentikan sementara waktu aktiviti di perairan pantai sepanjang tempoh jangkaan fenomena ini bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini," kata beliau dalam kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!