Zii Jia mara ke separuh akhir Terbuka Hylo
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati jangkaan apabila mara ke separuh akhir Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, malam ini selepas menewaskan pemain Thailand, Kantaphon Wangcharoen di pentas suku akhir.
Zii Jia, 23, yang merupakan pemain pilihan kedua kejohanan tidak berdepan masalah menjinakkan pemain ranking ke-18 dunia berusia 23 tahun tersebut dengan 21-13, 22-20 perlawanan selama 41 minit.
Anak muda kelahiran Alor Setar itu sebelum ini mara mudah apabila menewaskan pemain dari Ireland, Nhat Nguyen pada pusingan kedua, 22-20, 21-16 dalam masa 39 minit.
Zii Jia akan berdepan sama ada pemain dari India, K Srikanth atau Ng Ka Long dari Hong Kong bagi perebutan tempat ke final, esok.Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!