Fenomena air pasang besar di Klang terkawal

Fenomena air laut pasang besar yang berlaku di sekitar Jeti Penumpang Pelabuhan Klang. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Fenomena air laut pasang besar yang berlaku di sekitar Jeti Penumpang Pelabuhan Klang. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

KLANG - Fenomena air pasang besar di beberapa lokasi di sekitar daerah ini berada dalam keadaan terkawal susulan tindakan jangka masa pendek dan panjang yang dilaksanakan oleh pihak berwajib sebelum ini.

Pasukan Tindakan Segera (Skuad Pantas) Majlis Perbandaran Klang (MPK) menerusi satu kenyataan berkata, berdasarkan pemantauan di Taman Selat Damai, air pasang penuh di lokasi itu mencapai paras 5.6 meter pada jam 6.40 pagi, Sabtu.

Menurutnya, hasil pemantauan turut mendapati air telah mula surut di lokasi itu dan cuaca juga berada dalam keadaan baik.

Azmizam (tiga dari kiri) meninjau keadaan air pasang besar di Taman Selat Damai, pada Sabtu.
Azmizam (tiga dari kiri) meninjau keadaan air pasang besar di Taman Selat Damai, pada Sabtu.

"Pemantauan di lokasi berkenaan telah disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri dan Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin," kata kenyataan itu pada Sabtu.

Selain itu, katanya, tinjauan di Jeti Sungai Keramat, Rantau Panjang, di sini juga mendapati air mencapai paras 5.6 meter pada jam 6.45 pagi dan turut menyebabkan limpahan dalam keadaan sederhana.

"Pemantauan di Taman Telok Gedung Indah mendapati keadaan dan paras air di kawasan berkenaan masih terkawal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!