Malaysia terima pengembara suntik vaksin Covaxin dari India

Khairy Jamaludin (depan, dua dari kiri) bersama kakitangan kesihatan semasa mengadakan lawatan ke HRPZ II di Kota Bharu pada Sabtu.
Khairy Jamaludin (depan, dua dari kiri) bersama kakitangan kesihatan semasa mengadakan lawatan ke HRPZ II di Kota Bharu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU - Malaysia menerima mana-mana pengembara yang menerima suntikan vaksin Covid-19, Covaxin dari India yang dikeluarkan oleh syarikat Bharat Biotech untuk masuk ke negara ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar berkata, hal ini kerana vaksin tersebut telah mendapat pengiktirafan dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

"Bila dapat kebenaran itu kita akan terima walaupun Malaysia tidak menggunakan vaksin tersebut," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada Sabtu.

Menurutnya, buat masa ini tiada keperluan buat kerajaan membeli vaksin keluaran India itu memandangkan bekalan vaksin dalam negara sudah mencukupi dan mampu menampung keperluan rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!