PN akur keputusan BN gerak solo

Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas Majlis Pengumumam Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di sebuah hotel pada Sabtu. - Foto Bernama
Muhyiddin Yassin ketika sidang media selepas Majlis Pengumumam Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Negeri Melaka di sebuah hotel pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) akur dengan keputusan yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) yang bertindak untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan tiada pertembungan antara parti itu.

Meskipun begitu jelasnya, perkara tersebut tidak akan menjejaskan hubungan kerajaan di peringkat Persekutuan.

“Itu keputusan yang mereka telah buat. Walaupun beberapa usaha dibuat untuk elak pertembungan bersama mereka. Kita PN teruskan juga PRN Melaka ini.

“Harap perkara ini tidak akan menimbulkan sebarang isu. Harap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat selesaikan dengan baik,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Calon dan Penyerahan Watikah di sini pada Sabtu.

Pada Sabtu, Pengarah Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN membuat keputusan untuk bergerak solo dalam PRN Melaka kali ini.

Mengulas mengenai pencalonan Ketua Menteri, beliau berkata, PN masih belum membuat keputusan akan perkara itu.

Jelasnya, perkara tersebut akan diumumkan pada masa yang sesuai.

Artikel Berkaitan:

Berkaitan dengan surat akuan bersumpah (SD), jelasnya, PN masih lagi belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengenakan apa-apa tindakan bagi ahlinya yang melompat parti.

“Kita yakin bahawa calon-calon kita cukup setia kepada apa yang telah diputuskan oleh parti. Mereka setia bersama parti,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!