Cendawan Busut
Mahadzir Jalaludin, 38, menunjukkan cendawan busut yang tumbuh meliar di ladang kelapa sawit di Kampung Lubuk Ular, Pendang, hari ini.
Cendawan busut atau nama saintifiknya Trmitomyces sp yang tumbuh setahun sekali pada November hingga Disember sangat di gemari dan dijadikan sajian istimewa seperti sup, masak lemak, tomyam atau digoreng. ianya tumbuh di celahan pelepah kelapa sawit, kebun getah, kawasan belukar terutama ketika tibanya musim tengkujuh.
Selain rasa isinya yang manis, cendawan jenis ini mempunyai nilai perubatan dengan tahap anti oksidan yang tinggi untuk menghalang penyakit kanser. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!