Lelaki lakukan serangan pisau dalam kereta api Jerman ditahan
FRANKFURT - Seorang lelaki ditahan selepas melakukan serangan pisau dalam kereta api laju di Bravia pada Sabtu, kata polis.
Sekurang-kurangnya tiga cedera dalam insiden itu, dua daripada mereka parah.
Polis berkata, seorang lelaki berusia 27 tahun warga Syria ditahan susulan kejadian tersebut di dalam kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Regensburg ke Nuremberg.
"Berlaku insiden serangan dalam kereta api ICE (Intercity-Express) menyebabkan beberapa orang cedera dan pihak kami telah menahan seorang lelaki dalam kejadian itu," kata jurucakap polis Oberpfalz.
Motif kejadian, yang berlaku kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan, masih dalam siasatan.
Kereta api tersebut dihentikan di stesen Seubersdorf, kira-kira 70 kilometer selatan Nuremberg, di mana suspek ditahan dan ratusan penumpang diturunkan.
Menurut media tempatan, suspek diberi status pelarian selepas memasuki Jerman pada 2014 dan mengalami "masalah psikologi".
Serangan tersebut berlaku beberapa bulan selepas seorang pelarian Somalia menikam tiga wanita sehingga maut di Wurzburg.
Beberapa serangan turut dilaporkan sejak 2015, kebanyakannya melibatkan pelarian selepas Kanselor Angela Merkel membuka pinta sempadan negara kepada kira-kira 900,000 pencari suaka. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!