11 pesakit Covid-19 maut kebakaran di hospital
AHMEDNAGAR - Sekurang-kurangnya 11 pesakit sebuah hospital di India maut akibat kebakaran yang tercetus di wad rawatan Covid-19 pada Sabtu.
Menurut pihak polis, terdapat 17 pesakit yang ditempatkan dalam wad tersebut.
Enam pesakit lain didapati dalam keadaan stabil.
Kejadian berlaku di bandar Ahmednagar di daerah Maharashtra.
Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan.
Memetik laporan tempatan, insiden seumpama ini tidak asing di India.
Mei lalu, kebakaran tercetus di wad Covid-19 sehingga menyebabkan 18 kematian.
Antara punca kebakaran adalah penyelenggaran yang lemah dan kelengkapan yang tidak mencukupi. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!