Maritim tahan empat bot atas pelbagai kesalahan
KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysian (Maritim) Sabah menahan tiga bot nelayan dan satu bot pam kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi khas Rabu lepas.
Pengarah Maritim Sabah, Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hasan berkata pihaknya turut menahan empat individu berumur antara 37 dan 54 tahun semasa operasi di kawasan kurang tiga batu nautika dari Tanjung Lipat, dekat sini.
“Antara kesalahan yang dilakukan oleh bot berkenaan adalah di bawah Enakmen Jabatan Dermaga Sabah dan Akta Perikanan 1983,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua bot berkenaan kemudiannya dibawa ke jeti APMM Sepanggar untuk siasatan lanjut.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!