MySejahtera mohon maaf salah beri status HSO, PUS
KUALA LUMPUR - Aplikasi MySejahtera hari ini memohon maaf atas kesilapan teknikal membabitkan pemberian status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dan Individu dalam pemantauan (PUS) kepada beberapa individu.
Menerusi laman Twitternya, MySejahtera menjelaskan masalah berkenaan sudah diperbaiki dan kesemua status HSO telah dipadam serta status PUS pula ditarik semula.
Ia selepas beberapa individu mendakwa status mereka di MySejahtera bertukar kepada HSO dan PUS sejak awal pagi ini.
Ada juga dalam kalangan mereka mendakwa status MySejahtera mereka kembali kepada asal selepas mendapatkan bantuan di ruangan 'helpdesk' dalam aplikasi itu. - Awani
Good morning everyone - we apologise for the error on our part which allowed random users' to be given HSOs/PUS status. We have fixed the root cause which allowed this to happen. All incorrect HSOs have been deleted, and incorrect PUS status reverted.
— MySejahtera (@my_sejahtera) November 7, 2021
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!