Norwich City pecat Daniel Farke

Daniel Farke
Daniel Farke
A
A
A

NORWICH City memecat pengurus Daniel Farke walaupun The Canaries memperoleh kemenangan pertama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Brentford.

“Tindakan terhadap Daniel Farke bukanlah satu keputusan yang mudah, namun demi memenuhi aspirasi kelab maka keputusan ini sesuatu yang wajar.

“Saya tahu betapa tekad Daniel Farke dan barisan kejurulatihannya untuk berjaya di peringkat ini, tetapi kami percaya sekarang adalah masa yang sesuai bagi perubahan untuk memberi peluang terbaik kepada diri kami mengekalkan status Liga Perdana kami,” kata Pengarah Sukan Norwich City, Stuart Webber.

Sebelum itu, jaringan Mathias Normann pada minit keenam diikuti gol hasil sepakan penalti Teemu Pukki (29') sebelum voli The Bees, Rico Henry (60') memastikan pertemuan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan 2-1.

Tiga mata di Stadium Komuniti Brentford itu mengakhiri kemarau 10 perlawanan tanpa kemenangan Norwich City untuk mengumpul lima mata, dengan lapan kekalahan termasuk dua perlawanan terakhir.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!