'Barca lupa cara main bola'

Barcelona hilang karakter pada separuh masa kedua hingga menyaksikan skuad Blaugrana itu terikat 3-3 ketika berdepan Celta Vigo. - Foto Sportskeeda
Barcelona hilang karakter pada separuh masa kedua hingga menyaksikan skuad Blaugrana itu terikat 3-3 ketika berdepan Celta Vigo. - Foto Sportskeeda
A
A
A

PEMAIN tengah Barcelona, Frenkie de Jong menegaskan skuad Blaugrana itu seperti ‘terlupa’ cara bermain bola sepak pada separuh masa kedua hingga menyaksikannya terikat 3-3 ketika berdepan Celta Vigo pada Sabtu.

Menurut De Jong, kelebihan tiga gol pada separuh masa pertama gagal dipertahankan pasukan berkenaan hingga menyaksikan tuan rumah berjaya menjaringkan tiga gol pada separuh masa kedua.

“Saya rasa, kami ‘terlupa’ bagaimana untuk bermain bola sepak pada separuh masa kedua. Kami jadi sangat pasif dan kehilangan karakter setelah berjaya mendahului 3-0.

“Kami sedar, perlawanan ini penting buat kami untuk kami berada pada kedudukan terbaik dalam carta La Liga kali ini dan keputusan ini nyata mengecewakan kami.

“Kami akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan diharapkan perkara seperti ini tidak lagi berulang pada masa hadapan,” katanya.

Ansu Fati membuka jaringan buat Barcelona pada minit ke-5 sebelum Sergio Busquets menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 dan Memphis Depay (minit ke-34).

Bagaimanapun, pada separuh masa kedua, Celta Vigo dilihat mula bangkit menerusi jaringan Iago Aspas pada minit ke-52 dan pada masa kecederaan dan satu gol lagi dijaringkan Nolito pada minit ke-74 bagi memastikan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan satu mata.

Sementara itu De Jong mendedahkan bekas pemain Barca, Xavi Hernandez bakal mengambil alih tugas selaku jurulatih pasukan berkenaan mulai Isnin bagi menggantikan caretaker pasukan ketika ini, Sergi Barjuan.

Artikel Berkaitan:

Malah menurut De Jong, berita itu ternyata menjadikan penyokong Barca begitu teruja dan mengharapkan sentuhan Xavi untuk mengemudi pasukan ke landasan kejayaan.

“Berita ini nyata menggembirakan penyokong. Dalam masa sama, Xavi memiliki tempoh selama dua minggu sebelum aksi berdepan Espanyol.

“Apa pun, kami sebagai pemain perlu terus bekerja keras untuk memastikan kebangkitan pasukan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!