Semua mangsa banjir di PPS SK Panchor dibenar pulang

PPS di Sekolah Kebangsaan Panchor ditutup sepenuhnya petang Ahad selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. - Foto APM
PPS di Sekolah Kebangsaan Panchor ditutup sepenuhnya petang Ahad selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing. - Foto APM
A
A
A

IPOH - Keadaan banjir yang surut dan terkawal membolehkan semua mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Panchor di Pantai Remis, dekat Manjung dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada Ahad.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Manjung, Shamsul Ridzuan Idris berkata, operasi PPS berkenaan ditutup sepenuhnya lewat petang ini dengan jabatan dan agensi berkaitan turut diarah mengambil tindakan selanjutnya selepas banjir surut.

Pagi Ahad, seramai 72 orang daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS berkenaan yang dibuka sejak Jumaat selepas kediaman mereka dinaiki air akibat fenomena air pasang besar.

Banjir menyebabkan kawasan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Panchor di daerah itu, dinaiki air setinggi dua meter dan pelbagai agensi melakukan pemantauan di lokasi terbabit. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!