CDERT akan ditubuhkan di semua kawasan Parlimen

Latiff (tiga dari kanan) menyampaikan jaket CDERT kepada penghulu Mukim Mersing sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran CDERT Keluarga Malaysia Parlimen Mersing di Politeknik Mersing pada Sabtu.
Latiff (tiga dari kanan) menyampaikan jaket CDERT kepada penghulu Mukim Mersing sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran CDERT Keluarga Malaysia Parlimen Mersing di Politeknik Mersing pada Sabtu.
A
A
A

MERSING - Pasukan Sukarelawan Tindak Balas Kecemasan Pertahanan Awam (CDERT) akan diwujudkan di semua kawasan Parlimen dalam negara sebagai entiti baharu dalam menyokong bantuan kecemasan awal sekiranya berlaku sebarang musibah.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) merangkap Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad berkata, penubuhan pasukan itu juga telah dilakukan yang mana sehingga kini hanya berbaki 60 Parlimen sahaja yang belum memilikinya.

ABDUL LATIFF
ABDUL LATIFF

Katanya, inisiatif berkenaan juga telah mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan dijangka kesemua kawasan Parlimen di seluruh negara ini akan mempunyai pasukan itu pada pertengahan tahun hadapan.

“Pasukan CDERT bakal diwujudkan di seluruh kawasan Parlimen untuk memasyarakatkan institusi Angkatan Pertahanan Awam (APM) dari sudut tindak balas kecemasan pertahanan awam.

“Tujuan penubuhan pasukan ini juga sudah pasti kita hendak sediakan orang terlatih, kita akan latih mereka bergantung kepada keperluan bersesuaian mengikut tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran CDERT Keluarga Malaysia Parlimen Mersing di Politeknik Mersing, di sini pada Sabtu.

Latiff berkata, seramai 5,900 anggota sukarelawan CDERT dari 162 Parlimen kini telah dipersiapkan untuk membantu tugas-tugas kecemasan awal sepanjang musim Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac tahun hadapan.

Artikel Berkaitan:

"Berdasarkan pengalaman lalu, pada bulan November, Disember dan Januari, kita akan melalui keadaan kritikal bagi fenomena ini. Oleh itu, bagi Parlimen yang sudah tubuhkan CDERT mereka boleh digerakkan semasa bencana berlaku.

"Sekarang kita sedang membuat pemetaan (maping) kawasan-kawasan pro bencana antaranya kawasan lereng bukit di mana kita akan pastikan mereka anggota sukarelawan ini diberi latihan dan kesiapsiagaan berbanding kawasan-kawasan yang kurang bencana,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!