Pemain KDA FC dalam momentum terbaik

Aksi KDA FC dan KUFC. - Foto FB Kedah Darul Aman FC
Aksi KDA FC dan KUFC. - Foto FB Kedah Darul Aman FC
A
A
A

KESEMUA pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) berada dalam momentum yang baik menjelang aksi terakhir Kumpulan C TM Piala Malaysia 2021 berdepan Melaka United FC (MUFC) di Stadium Hang Jebat pada Selasa.

Menurut pengendali KDA FC, Aidil Sharin Sahak kemenangan ketika berdepan Kelantan United FC (KUFC) di Stadium Sultan Muhammad IV pada Sabtu pasti akan menambahkan keyakinan pemain menjelang perlawanan berkenaan.

“Walaupun bermain di padang becak, pemain telah bekerja keras di sepanjang perlawanan.

“Kemenangan ini juga meningkatkan tahap keyakinan kita dan dengan kehadiran penyokong nanti akan membantu kita lagi,” katanya selepas tamat perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan, KDAFC menewaskan KUFC 3-1 hasil jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-34, Baddrol Bakhtiar (min-36) dan pemain gantian, Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Ain (min-85), manakala KUFC menjaringkan gol tunggal menerusi pemain gantian, Fakhrul Zaman Wan Abdullah Zawawi (min-73).

Kemenangan itu turut menyaksikan KDAFC mengesahkan slot ke suku akhir dengan meraih sembilan mata hasil tiga kemenangan dan tewas sekali daripada empat perlawanan.

Sementara itu ketua jurulatih KUFC, Nazrulerwan Makmor berbangga dengan aksi yang dipamerkan kesebelasan pemain biarpun gagal memenangi perlawanan berkenaan.

Katanya, pemain telah beraksi dengan baik terutamanya pada separuh masa kedua, namun jentera serangan KDAFC ternyata jauh lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan KDA FC yang berjaya jaringkan tiga dan mengambil peluang atas kesilapan yang kita buat.

“Apa pun, saya tetap berbangga dengan pemain saya yang tidak ‘dibelasah’ dengan begitu teruk,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!