Peruntukan RM4 juta naik taraf Bazar Melawati

Mohamed Azmin melihat pelan binaan baik pulih medan selera pada Majlis Jamuan Teh bersama Persatuan Peniaga dan Penduduk Taman Melawati di Medan Selera Taman Melawati pada Ahad. - Foto Bernama
Mohamed Azmin melihat pelan binaan baik pulih medan selera pada Majlis Jamuan Teh bersama Persatuan Peniaga dan Penduduk Taman Melawati di Medan Selera Taman Melawati pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM4 juta diperuntukkan untuk membangun dan menaik taraf Bazar Melawati di sini, yang akan memanfaatkan 81 penjaja dan peniaga kecil sekali gus memberi keselesaan kepada pengunjung apabila ia siap pada Mei 2023.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha itu adalah untuk mempercepatkan proses pemulihan ekonomi negara selepas terkesan akibat pandemik Covid-19.

"... dengan prasarana yang lebih baik ini, ia dapat membantu penjaja dan peniaga kecil untuk meningkatkan hasil mereka sekali gus memberikan perkhidmatan dan produk yang lebih berkualiti kepada pengguna pada masa akan datang.

"Buat sementara waktu, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sedang meneliti lokasi bersesuaian untuk dijadikan tapak perniagaan sementara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Teh bersama persatuan peniaga dan penduduk Taman Melawati pada Ahad. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!