Lelaki ditahan miliki rokok seludup
SUBANG JAYA - Seorang lelaki ditahan kerana disyaki memiliki rokok seludup di Putra Height di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, sepasukan anggota polis yang menjalankan rondaan mengesan sebuah kereta jenis Toyota Vios dalam keadaan mencurigakan pada jam 1.30 petang.
"Kita telah menahan kenderaan tersebut dan melakukan pemeriksaan, kita menjumpai dua kotak besar yang mengandungi rokok seludup tanpa cop Jabatan Kastam Diraja Malaysia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Abd Khalid berkata, hasil rampasan dianggarkan bernilai RM2,000.
"Suspek berusia 20an itu telah ditahan reman selama tujuh hari bermula Ahad hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!