Projek B10 serampang dua mata

Laporan Sukan Sinar pada 6 November. (Gambar Kecil: NAZMIZAN)
Laporan Sukan Sinar pada 6 November. (Gambar Kecil: NAZMIZAN)
A
A
A

BEKAS pelari pecut negara, Nazmizan Mohamad menyifatkan Projek Larian 100 meter (m) Bawah 10 Saat (Projek B10) di bawah kendalian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak bercanggah dengan program yang sedang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) setakat ini.

Malah menurutnya, program itu juga merupakan platform membentuk lebih ramai lagi pelari pecut negara pada masa depan terutamanya yang mampu berlari di bawah tempoh 10 saat.

“Sebenarnya, memang tiada percanggahan bagi Projek B10 ini dengan apa yang MSN buat, sebab kita fokuskan untuk atlet berlari di bawah 10 saat.

“Kalau ikutkan, memang tidak ada lagi pelari di negara kita yang mampu berlari bawah 10 saat dan catatan terbaik setakat ini adalah 10.18 saat yang dicatatkan oleh pelari pecut kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2016.

“Cuma kali ini, kita akan lebih fokuskan kepada atlet-atlet di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) dan disebabkan Khairul Hafiz bukan penuntut di IPT, dia tidak ada dalam program kita buat masa ini,” katanya kepada Sukan Sinar.

Projek B10 di bawah kendalian KPT turut membabitkan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) secara keseluruhannya bertujuan melahirkan kelompok pelari pecut negara yang mampu mencatatkan masa di bawah 10 saat, dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengulas lanjut Nazmizan berkata, buat masa ini pihak KPT memberikan fokus kepada acara 100 meter sebelum beralih kepada acara lain.

“Kalau ikutkan, projek ini memang kita fokus untuk 100 meter dahulu kerana biasanya atlet yang terlibat dengan 100 meter akan terlibat juga dengan 200 meter.

Artikel Berkaitan:

“Jadi projek ini boleh kata macam serampang dua mata di mana kita fokus dahulu kepada 100 meter dan kepada atlet-atlet dari IPT,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!