Kes buli kritikal, pembuli digesa hentikan amalan

Dari kiri: Kamal Affandi dan Shahul Hamid
Dari kiri: Kamal Affandi dan Shahul Hamid
A
A
A

SHAH ALAM - Kes buli yang dilaporkan di negara ini disifatkan amat kritikal kerana ia mengakibatkan kematian.

Sehubungan itu, penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim menyeru supaya program-program yang berunsurkan buli dihentikan segera terutama hal yang menghimpunkan antara senior dan junior.

“Buli yang berlaku pada hari ini agak serius, jadi saranan saya anjurkanlah program yang lebih bermanfaat seperti Biro Tata Negara (BTN) dan tidak melibatkan unsur buli.

‘’Apabila ada unsur buli, ia hanya akan mengakibatkan kecederaan,’’ katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurut beliau, apabila tabiat membuli ini berterusan, kesannya akan menyebabkan dendam antara satu sama lain. Junior yang dibuli ujarnya, akan membuli junior lain pada masa akan datang dan itu kitarannya silih berganti.

Beliau mengingatkan, mereka yang membuli supaya menghentikan amalan tersebut kerana mereka tidak terkecuali berdepan dengan tindakan undang-undang.

Katanya, dalam suasana Covid-19, hal seperti buli perlu dihentikan dan fokus pada pendidikan dengan mengembalikan kenangan pelajaran yang harmoni.

Sementara itu, penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim menjelaskan, setiap unit keluarga hendaklah berfungsi sebagai sebuah keluarga yang memainkan peranan tersendiri dalam pembinaan sahsiah seseorang sejak kecil.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, tahap keseriusan kes buli yang berlaku bergantung kepada kawal selia oleh keluarga sendiri dan fabrik jaringan sosial.

"Fabrik jaringan sosial terutama dengan cabaran maklumat di hujung jari hendaklah diperkukuh dengan mengambil kira pandangan dan pendapat remaja," katanya.

Pada 2 November lalu, 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh, dan mencederakan Pegawai Kadet Laut UPNM, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!