Bekas pemandu minta Che Ta tunjuk bukti
KEMELUT antara aktres terkenal, Che Ta dan bekas pemandunya, Muhamad Riduan masih lagi menjadi perbualan hangat warganet.
Meskipun Che Ta sudah melunaskan tuntutan pemuda berkenaan, namun isu tersebut masih berpanjangan ekoran dakwaan tanpa bukti.
"Tuduhan tu tak benar sama sekali. Kalau betul tunjukan bukti dan kenapa tidak berhentikan saja saya pada bulan pertama atau kedua?
"Pada masa sama, kenapa apabila sudah tular berhubung isu tunggakan gaji baru nak keluarkan kenyataan kata saya lalai, tidur dan sebagainya?
"Andai saya lalai semasa driving, saya takkan sampai ke Johor Bahru. Saya boleh drive dan boleh pulang dari Subang Jaya dengan selamat.
"Justeru, kalau betul dakwaan yang dikatakan itu, tunjukan bukti, jangan buat kenyataan tanpa bukti kukuh. Itu sudah fitnah," jelasnya sebagaimana dilaporkan mStar Online.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!