75.2 peratus populasi negara lengkap divaksinasi
KUALA LUMPUR - Setakat jam 11.59 malam Ahad, 75.2 peratus atau 24,552,038 individu di negara ini telah lengkap diberi vaksin Covid-19.
Sementara itu, 94.8 peratus atau 22,194,116 individu kadar populasi dewasa juga telah lengkap menerima dos vaksin.
Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman CovidNow, sejumlah 97.4 peratus atau 22,809,218 individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 38,027 dos suntikan vaksin diberikan pada Ahad melibatkan 13,110 suntikan dos lengkap, 3,068 menerima dos pertama dan 21,849 pula menerima suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 50,402,399.
Setakat Ahad juga, sebanyak 2,357,922 atau 74.9 peratus individu bagi golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah lengkap divaksin, manakala 86.3 peratus atau 2,715,817 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak pula kini sebanyak 506,236. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!