Banjir jika hujan lebat berterusan
KUALA TERENGGANU – Terengganu diramalkan banjir sekiranya berlaku hujan lebat berterusan dalam tempoh tiga hingga empat hari lagi khususnya di kawasan-kawasan lembah, berhampiran sungai dan lokasi berisiko lain.
Setakat ini, dua sungai di Setiu iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit kini berada pada paras berjaga-jaga berikutan hujan lebat kadangkala renyai melanda negeri ini sejak Rabu lalu.
“Oleh itu kita nasihati orang ramai segera berpindah ke pusat pemindahan berhampiran jika hujan lebat berterusan dan berlaku kenaikan air di kawasan mereka.
“Apa pun, kita bersama pasukan dan agensi keselamatan sentiasa memantau kawasan berisiko terutamanya di pedalaman dari masa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan di beberapa tempat di Terengganu dijangka berterusan sehingga esok.
Ia berikutan kedudukan palung monsun yang merentasi negara dan pengaruh angin timuran dari Lautan Pasifik Barat menyebabkan keadaan cuaca dijangka lembab terutama di Pantai Timur Semenanjung.
MAIDAM sasar RM310 juta kutipan zakat tahun depan
Berhabis lebih RM100,000 elak chalet musnah dibadai ombak
Sebarau Tasik Kenyir lebih 'jinak' ketika hujan lebat
400 asnaf terima bantuan makanan MAIDAM
Steven Sim bantu tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta
‘Terima kasih ALLAH kerana jadi satu-satunya harapan saya’ – Khaby Lame
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir takziah kepada Setiausaha Kerajaan Pahang
Restoran alami kerugian punca kegagalan perniagaan Kim Seri