Adly anggap persaingan muhibah

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Bekas Ketua Menteri Melaka, Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari akan memanfaatkan semua saluran yang dibenarkan untuk tujuan kempen dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Beliau berkata, aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat yang masih berjalan juga bakal dimanfaatkan.

"Kita tahu bahawa di Melaka kebanyakkan guna media baharu jadi kita gunakan media sosial untuk berkempen, kita juga tahu kita dibenarkan untuk mengedarkan risalah kita dengan jumlah terhad dan itu kita akan usahakan.

"Kita boleh sampaikan maklumat melalui kenderaan dibenarkan dengan standard prosedur operasi (SOP) SPR, kita akan manfaatkan.

"Saya fikir mungkin bersemuka agak sukar, tapi kita tahu aktiviti sosial dalam kalangan masyarakat masih berjalan.

Kita akan manfaatkan semua medium ini, media arus perdana juga beri ruang untuk kita sampaikan mesej dan berikan maklumat kepada rakyat," katanya ditemui selepas Penamaan Calon DUN Bukit Katil, di Dewan Tun Ali, Bukit Katil di sini pada Isnin.

Ditanya mengenai persaingan dengan empat lagi calon, beliau menyifatkan sebagai persaingan yang muhibah.

"Masing masing ada penyokong dan sokongan masing masing, tapi paling penting kita boleh bersaing secara muhibah serta baik. Kita manfaatkan demokrasi," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

DUN Bukit Katil menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Adly (PH), Datuk Hanoor Sdg Husin (BN), Mohammad Al Hafiz Yahya (Perikatan Nasional) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas).

Pada pilihan raya umum lalu, Adly menewaskan pencabarnya Muhamat Puhat Bedol (Pas) dan Yunus Hitam (BN) dengan majoriti 3,159 undi seterusnya menjadi Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, calon Pas, Mohammad Al Hafiz berkata, beliau akan membawa aspirasi anak muda bagi memenangi kerusi berkenaan.

Beliau juga berikrar bahawa setiap kempen yang dijalankan adalah mengikut SOP dan telus berlandaskan undang-undang.

"Tidak ada serangan peribadi, pemuda bawa suara orang muda, telus, bersih dan pastikan ada budaya baharu politik," katanya.

Ikuti perkembangan semasa #PRNMelaka dan kenali calon anda menerusi pru.sinarharian.com.my

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!