1st ASEAN Underwater Mini Landmark
08 November 2021 03:29pm
Masa membaca: 4 minit
Penyelam bergambar berlatarkan monumen Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur pada perasmian 1st ASEAN Underwater Mini Landmark (AUMiL) di Pulau Bidong yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Para penyelam bergambar berlatarkan monumen simbol negara-negara ASEAN pada perasmian 1st ASEAN Underwater Mini Landmark (AUMiL) di Pulau Bidong yang disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri hari ini.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (tengah) ketika simbolik perasmian 1st ASEAN Underwater Mini Landmark (AUMiL) di Pulau Bidong hari ini.
Sebanyak 11 mercu tanda daripada negara-negara ASEAN seperti Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur (Malaysia), Monumen Patuxai (Laos), Masjid Haji Omar Ali Saifuddien (Brunei), Monumen Nasional Indonesia dan Monumen Jose Rizal (Filipina) ditenggelamkan pada kedalaman 10 hingga 15 meter.
Selain menjadi tarikan pelancong terutama penyelam skuba, projek itu juga bertujuan melindungi warisan dan khazanah dasar laut. Ia dibiayai oleh Asean Cultural Fund dengan peruntukan hampir RM300,000.