Wajah-Wajah Calon PRN Melaka
Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan, Datuk Seri Idris Haron ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon, Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar hari ini.
Beliau akan ditentang lima lagi calon iaitu Fairul Nizam Roslan dari Barisan Nasional, Danesh Basil (Perikatan Nasional), dan tiga calon Bebas iaitu Mohd Noor Salleh, Azmar Abdul Hamid dan Mohd Akhir Ayob.
Hasmorni Tamby, 46, dari Pakatan Harapan (PH) merupakan antara empat calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Kerusi DUN Sungai Udang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), PH dan Bebas.
Dr Mohd Aleef Yusof, 35, dari Perikatan Nasional (PN) merupakan antara empat calon yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Kerusi DUN Sungai Udang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), PN, Pakatan Harapan dan Bebas.
Empat calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas (dari kiri) Muhammad Ariff Adly Mohammad dari Bebas, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen (Perikatan Nasional), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman (Barisan Nasional) dan Datuk Ashraf Mukhlis Minghat (Pakatan Harapan) selepas proses penamaan calon pada Pilihan Raya Negeri Melaka di Pusat Penamaan Calon, Kompleks Komuniti Desa (KKD) DUN Telok Mas, di sini hari ini.
Calon-calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara (dari kiri) Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN) bergambar di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri Melaka di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan, Mohd Noor Salleh di Pusat Penamaan Calon, Dewan Besar Kolej Komuniti Selandar hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!