Polis kenal pasti suami wanita dakwa terancam

 Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Polis telah mengenal pasti suami kepada wanita yang mendakwa menerima ancaman keselamatan berpunca daripada masalah rumah tangga sepertimana ditularkan di aplikasi TikTok pada Sabtu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, lelaki terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurutnya, daripada semakan dibuat, wanita itu ada membuat laporan polis mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi dengan suaminya.

"Polis sudahpun mengesan suami kepada wanita itu dan kita tengah siasat apa masalah sebenar yang berlaku.

"Wanita itu mengatakan dia rasa terancam jadi kita nak dapatkan maklumat apa sebenarnya yang dikatakan terancam itu," katanya dalam sidang akhbar di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak di sini pada Isnin.

Beliau berkata, setakat ini wanita terbabit belum tampil memberi keterangan meskipun telah dipanggil berbuat demikian.

"Dia seperti enggan beri kerjasama, sehubungan itu kita telah minta kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu polis mendapatkan maklumat berkaitan masalah dihadapi wanita itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis nafi tak bertindak kes wanita mengadu keselamatan terancam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!