Tilam, botol plastik penuhi perangkap sampah

Limpahan sampah yang menjadi punca banjir kilat di Selayang Baru pada Khamis. - FB Asal Gombak
Limpahan sampah yang menjadi punca banjir kilat di Selayang Baru pada Khamis. - FB Asal Gombak
A
A
A

SELAYANG - Tilam dan botol plastik antara limpahan sisa yang memenuhi perangkap sampah di sistem saliran Anak Sungai Udang di sini yang didakwa menjadi punca banjir kilat di Selayang Baru pada Khamis lepas.

Keadaan itu dikongsikan menerusi kemas kini di Facebook Asal Gombak pada Ahad lalu.

Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak, Mohd Hasrulhisham Abdullah ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, kesedaran masyarakat mengenai penjagaan alam sekitar termasuk sungai dan sistem saliran masih di tahap rendah.

Menurutnya, sebanyak RM140,000 diperuntukkan bagi kos kerja berkala kutipan sampah tersebut.

"Mengikut jadual, kutipan sampah dibuat seminggu sekali tidak termasuk kutipan yang dibuat terus selepas hujan lebat bagi mengelak limpahan air sungai ke jalan.

"Sampah sarap yang dibuang ke dalam sistem saliran dan sungai menyebabkan aliran air terhalang. Setiap kutipan boleh mencecah sehingga 15 tan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Kerja pembersihan di Anak Sungai Udang yang dipenuhi sampah. - Foto FB Asal Gombak
Kerja pembersihan di Anak Sungai Udang yang dipenuhi sampah. - Foto FB Asal Gombak

Mohd Hasrulhisham berkata, kerja pengorekan dan pembuangan kelodak di Anak Sungai Udang telah dilaksanakan pada April 2021 dan September 2021 dengan jumlah kos RM100,000.

Artikel Berkaitan:

Katanya, masyarakat perlu memberikan kerjasama dalam menangani isu tersebut dan tidak hanya terus menyalahkan jabatan serta agensi kerajaan semata-mata.

"Sehebat mana infrastruktur yang disediakan, sekiranya masyarakat masih mempunyai sikap dan minda kelas tiga, maka isu ini tidak akan selesai," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!