Penduduk gempar kehadiran buaya

No Image Caption
A
A
A

BINTANGOR - Penduduk kawasan perumahan Taman Foh Phin di sini gempar apabila terlihat seekor buaya berukuran dua meter di atas jalan malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata buaya tersebut berkemungkinan naik ke jalan dari Sungai Meradong yang jaraknya kira-kira 500 meter dari kawasan perumahan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor telah dikejarkan ke lokasi sebaik saja menerima panggilan orang awam kira-kira 7 malam.

"Pihak kami menggunakan tali, kain dan penjerut untuk menangkap buaya tersebut.

"Operasi ditamatkan setelah buaya berjaya ditangkap dan dibawa ke balai,” katanya menambah buaya itu telah diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation kira-kira 9.45 pagi hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!