Saya tak akan menangis: Streram

Dr S Streram
Dr S Streram
A
A
A

PORT DICKSON - Timbalan Ketua Cabang Rembau, Dr S Streram tidak akan menangis jika tidak dipilih sebagai calon PRK Dun Rantau.

Menurutnya, beliau berpegang kepada prinsip parti dan menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan.

"Sudah tentu saya akan sedih jika tidak dipilih kerana sudah bekerja keras selama ini, tapi tidaklah menangis, kerana paling penting adalah memastikan kemenangan PH.

"Sebagai seorang pemimpin, dasar parti perlu diberi keutamaan berbanding pendirian sendiri," katanya ketika ditemui di majlis Diskusi Eksklusif Pertubuhan Penyokong Reformasi Malaysia (PERFORM) di Kampung Baru Jimah di sini, hari ini.

Katanya lagi, beliau juga menolak budaya sabotaj parti kerana ia tindakan yang tidak betul.

Selain itu katanya, khidmat masyarakat yang dilakukannya sekarang bukan disebabkan dirinya bakal calon, tetapi tanggungjawab sebagai Penyelaras DUN Rantau yang dilantik kerajaan negeri.

"Sama ada saya calon atau tidak, saya akan tetap berkhidmat untuk parti kerana PH perlu menang kerusi DUN Rantau," katanya

Ditanya berkenaan Datuk Iskandar Saharuddin yang namanya disebut antara calon baharu yang disenarai pendek, Streram berkata, beliau tidak mengenalinya dan hanya mengetahui mengenai perkara itu di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Biro Politik PKR akan membuat keputusan sama ada akan sekali lagi mencalonkan Streram untuk PRK DUN Rantau atau meletakkan calon lain.

Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, kedudukan Streram sebagai calon PH yang teraniaya pada PRU14 turut akan diambil kira.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!