Artis baharu diingat pikat jiwa masyarakat dengan bakat

Noraniza dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM): Biduanita Irama Malaysia yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
Noraniza dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM): Biduanita Irama Malaysia yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris menasihatkan golongan artis baharu supaya tidak mudah terlalai dengan permainan industri hiburan pada masa kini.

Ujar beliau, seseorang itu tidak akan kekal lama dalam industri sekiranya mereka menggunakan duit atau harta untuk ‘membeli’ minat masyarakat.

“Biar kita naik atau berjaya kerana bakat yang sebenar. Kita tidak boleh beli jiwa orang dengan wang.

“Saya pun tidak percaya Kak Ani ada bakat selama 36 tahun bertahan sebagai artis dalam industri.

“Mungkin kerana kejujuran kita ketika kita berkarya,” katanya ketika dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM): Biduanita Irama Malaysia yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

Dalam program yang dihoskan Hazlin Hussain itu, Noraniza berkata, bakat adalah satu aspek penting yang memainkan peranan dalam industri hiburan negara ini.

Noraniza (kanan) bersama Hazlin (kiri) ketika dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM): Biduanita Irama Malaysia yang disiarkan secara langsung pada Isnin.
Noraniza (kanan) bersama Hazlin (kiri) ketika dalam program Mak Untuk Malaysia (MUM): Biduanita Irama Malaysia yang disiarkan secara langsung pada Isnin.

“Bakat dahulu yang betul-betul kena ada dalam mencari identiti sendiri dalam industri. Kalau kita bijak, kita boleh pergi jauh,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, sokongan dan restu daripada keluarga serta orang sekeliling juga antara faktor yang membantu seseorang itu untuk berjaya dalam kerjaya mereka.

“Sebab masa depan kita, apa pun yang kita buat semuanya atas restu orang-orang yang terdekat dengan kita.

“Walaupun restu itu kita tidak nampak, tetapi aura positif yang ada di sekeliling kita itu yang membantu untuk kita naik.

“Jadi, saya harap semua ibu sentiasa menghargai keluarga, menyayangi anak-anak dan suami serta bersyukur dengan apa sahaja yang mereka usahakan untuk kita,” jelasnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!