Nahas MH17: Waris desak siasat penglibatan Rusia
WARIS nahas pesawat Malaysia Airlines MH17, mendesak hakim yang terlibat dalam kes berkenaan melihat dakwaan penglibatan Rusia dalam insiden itu.
Ini termasuk peranan Rusia dalam konflik di Ukraine, yang mungkin sebahagiannya mencetus serangan ke atas pesawat malang berkenaan.
Waris nahas mahu siasatan terperinci dijalankan.
Mereka mendakwa, wujud penglibatan pegawai tertinggi tentera Kremlin dalam insiden itu.
Keengganan Rusia bekerjasama dalam siasatan MH17 juga memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena.
Rusia sebelum ini menafikan sebarang penglibatan dalam nahas berkenaan.
Pasukan penyiasat merumuskan pesawat MH17 ditembak dengan peluru berpandu darat ke udara, ketika melintasi ruang udara Ukraine.
Nnahas mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal.
Ketika ini empat suspek, tiga daripadanya warga Rusia dan seorang warga Ukraine dibicarakan hanya dengan kehadiran peguam.
Perbicaraan dijangka disambung semula Disember ini.
Ini diikuti dengan keputusan perbicaraan yang dijangka tahun depan. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!